NADI – CYBERSECURITY: Bagaimana Akaun Sosial Media Boleh Digodam

24 April 2026 | Aktiviti Terkini

23 April 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian NADI - CYBERSECURITY Bagaimana Akaun Sosial Media Boleh Digodam. Kelas ini bermula pada jam 3.30 petang dan di sampaikan oleh Encik Izzat Hamdan. Seramai 5 orang peserta terlibat dalam kelas ini.

Akaun media sosial boleh digodam melalui beberapa cara seperti kata laluan yang lemah, serangan phishing (pautan palsu), penggunaan WiFi awam yang tidak selamat, serta aplikasi pihak ketiga yang mencurigakan. Penggodam juga boleh mencuri maklumat melalui malware atau meneka kata laluan jika tiada pengesahan dua faktor (2FA). Oleh itu, penting untuk menggunakan kata laluan kuat dan langkah keselamatan tambahan.

Untuk mengatasi akaun media sosial daripada digodam, gunakan kata laluan yang kuat dan unik bagi setiap akaun. Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA) untuk lapisan keselamatan tambahan. Elakkan klik pautan mencurigakan atau berkongsi maklumat peribadi. Jangan gunakan WiFi awam tanpa perlindungan, dan sentiasa kemas kini aplikasi serta peranti. Selain itu, semak dan buang akses aplikasi pihak ketiga yang tidak dikenali.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali